Saturday, December 3, 2011

Ahlan Ya Muharram



Kisah di sebalik 10 Muharram ('Asyura') :

  • Allah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura'.
  • Allah menciptakan Jibril dan para malaikat pada hari Asyura'.
  • Allah mencipta Nabi Adam pada hari Asyura', begitu juga Hawa'.
  • Syurga dijadikan oleh Allah pada hari Asyura', dan ditempatkan Adam didalam syurga juga pada hari Asyura'.
  • Diangkat Nabi Isa ke langit pada hari Asyura', begitu juga kepada Nabi Idris.
  • Allah mengampunkan dosa Nabi Adam pada hari Asyura'.
  • 'Berlabuh'nya bahtera Nabi Nuh di atas Bukit Juddiy.
  • Nabi Yusuf keluar daripada penjara pada hari Asyura'.
  • Kaum Nabi Yunus diampunkan oleh Allah pada hari Asyura'.
  • Hujan pertama yang turun di muka bumi adalah pada hari Asyura'.
(Sumber : Makasyifah Al-Qulub ; Al-Imam Ghazali ; 'Athar Saiduna Umar Al-Khattab)

Puasa 'Asyura' dan kelebihannya :

Puasa 'Asyura' hukumnya adalah Sunnah Muakkadah.

Diceritakan didalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim, bahawasanya Nabi telah ditanya mengenai puasa Asyura' (10 Muharram), lalu baginda menjawab : "Diampunkan dosa tahun yang lepas".

Diceritakan juga didalam sebuah hadith daripada Imam Ahmad, bahawa pada suatu hari, selepas daripada Hijrah Nabi ke Madinah, Nabi dan para sahabat telah berjalan dan terlihat yang berpuasa Asyura'. Lalu beginda bertanya tentang puasa tersebut. Maka mereka (orang Yahudi) pun menjawab : Inilah hari yang mana Nabi Musa telah diselamatkan oleh Allah daripada tenggelam, dan ditenggelamkan Fir'aun. Hari tersebut juga (10 Muharram) bahtera Nabi Nuh telah berlabuh di Bukit Judi. Maka telah berpuasa Nuh dan Musa sebagai tanda syukur kepada Allah. Maka Nabi berkata : Aku lebih layak dengan Musa dan aku lebih layak dengan hari tersebut. Lalu baginda meminta para sahabat untuk berpuasa.

Diriwayatkan daripada Imam Ahmad, sesungguhnya Nabi bersabda : Berpuasalah kalian pada hari Asyura' (10 Muharram) dan bezakanlah ia dengan amalan Yahudi, maka puasalah kamu sehari sebelumnya (9 Muharram) dan sehari selepasnya (11 Muharram)

Didalam sebuah hadith juga daripada Imam Muslim, pada tahun yang sama dengan tahun kewafatan Nabi, Nabi meminta agar para sahabat berpuasa pada 9 dan 10 Muharram.

Kesimpulannya, puasa 'Asyura boleh diamalkan dengan 3 cara :
  1. Puasa pada 9,10 dan 11 Muharram. Ini merupakan sebaik-baik cara.
  2. Puasa pada 9 dan 10 Muharram.
  3. Puasa pada 10 Muharram sahaja.
Wallahua'lam.

2 comments:

  1. fred!

    me created a grup at fb, once kau buat comeback, inform aku..


    tq~

    -Ain S.

    ReplyDelete
  2. grup mende ko bt? insyaAllah nt aku bgtau ko.. (curious)
    =)

    ReplyDelete