Monday, October 24, 2011

Ambillah hikmah di mana saja



Seperti biasa aku berpagian ke Ma'ahad.
Kelibat bas lapan puluh palang kelihatan.
Dari luar ku lihat penumpangnya sudah penuh hingga diatas tangga.
Aku merapatinya tetapi masih berfikir ; naik ataupun tunggu bas seterusnya.
Bas mula bergerak agak deras.
Tiba-tiba refleksku mengejar. Tetapi dimana harus aku berdiri?
Aku kejar.
Tanganku cuba memegang palang tangga pada pintu belakang.
Tanganku dipegang sang arab sambil menarik.
Kakiku berlari tetapi tidak berpijak di atas bumi.
Aku seperti terbang.
Si arab memberi laluan.
Sekilas kakiku mendarat di tangga.
Sang arab memeluk belakangku agar tidak terjatuh.
Lega.
Ku ucapkan syukran.
Dibalasnya afwan.
Pagi tadi kurasakan semangat setiakawan.
Yang sudah lama aku tidak rasakan.

Hidup kaum buruh!!

erk??

Sunday, October 23, 2011

Senyum kambing



Hari ini aku tersenyum.
Kalau aku senyum,ertinya aku ketawa.

Aku berjalan di Hussein,mencari sarung tangan untuk musim sejuk.
Tiba-tiba ada remaja arab berteriak kepada aku "Murah Gile!"

Aku tersenyum.

Saturday, October 22, 2011

Mereka hilang...



Aku bersarapan sambil menonton Merlin di skrin laptop,untuk memecah kesunyian berpagi sendirian di rumah. Sengaja mengundur ke musim pertama, episod 10 : The moment of truth.

Merlin juga satu-satunya 'sahabat' aku untuk berbahasa Inggeris di Kota Debu ini.

Episod ini tentang persahabatan.
Persahabatan yang ikhlas. Tanpa membezakan sang bangsawan dengan si peladang.
Sanggup bermatian demi kawan.
Sudah tentu mereka bukan berpaksikan iman.

Aku cuma ingin katakan, aku rindukan persahabatan yang dulu.
Persahabatan yang kian hilang kerana mengejar cita-cita dan ego.

Aku bukan menagih kasih persahabatan.
Cuma mengungkap rasa rindu.

Thursday, October 20, 2011

Bersyukur itu lebih sukar...




Dalam diri manusia itu ada akal. Ada nafsu. Ada perasaan.
Iman diperlukan untuk mengawal segalanya.
Sementelah iman itu pula sifatnya terkadang bertambah, kadang-kadang jatuh.
Manusia memang tidak mampu lari daripada membuat kesilapan dan dosa.
Dosa sama tuhannya. Dosa dengan sesama makhluk.
Samada sengaja ataupun tidak.

Bersyukurlah, dalam keadaan apa pun,kamu masih mampu melakukan ketaatan dan kebaikan walaupun ia tidak mampu menandingi apa yang tuhan kamu kurniakan.

Bersyukur itu lebih sukar berbanding bersabar.

Sunday, October 16, 2011

Kerancakan Majlis Ilmu pasca Revolusi 25 Januari

Pengajian bersama Mufti Mesir, Syeikh Ali Jum'ah,
3 kali seminggu




Selain ilmu agama, Sohibus Samahah juga hebat dalam ilmu fizik, kimia dan seumpamanya


'Alim kabir al-'allamah Al-Habib Umar Hafizahullah


Ulama' Muda Al-Azhar, Doktor Syeikh Usamah Sayyid Al-Azhari


Ulama' Jemputan dari Syria, Syeikh Nuruddin Itr.
Alhamdulillah dapat sanad Hadith 40 Imam Al-Nawawi daripada Syeikh

Syeikh Ibrahim Mali. Daripada beliaulah saya belajar kitab Nahu dan Sorof; Tuhfatu Thaniah dan Qatrun Nada'.

Semoga Allah merahmati semua alim 'ulama, sesungguhnya merekalah pewaris para Nabi.
Sayangilah Ulama'.

Saturday, October 15, 2011

Oops, I started it again...



Assalamualaikum Wa Rahmatullahi wa Barokatuh (sila jawab,wajib)

Bismillah wa Alhamdulillah ‘ala kulli syai’.

Allahumma Sholli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala alihi.

Hari ini 15hb Oktober 2011 menandakan genap dua bulan keberadaan aku di Mesir. Kalau hendak diceritakan kisah-kisah yang aku lalui sepanjang tempoh ini,maka terlalu banyak sekali yang ingin dikongsikan,samada yang berfaedah ataupun yang sebaliknya. Sempena genapnya tempoh itu juga yang menggerakkan hati aku untuk kembali menulis di blog,kerana pada fikiran aku, selain kerana kebosanan aku terhadap Facebook, aku rasa sudah sampai waktunya aku berkongsi dan berbincang sedikit ilmu,pengalaman dan pendapat aku bersama orang lain. Kerana aku juga bimbang dan aku berlindung dengan Allah semoga kehidupan aku di dunia ini tidak aku jalani dengan banyaknya sia-sia atau kerap berada dalam kemurkaan Allah, wal’ieyadzubillah.

Datang ke Mesir pada usia yang lewat berbanding sahabat aku yang lain bahkan memulakan pengajian di peringkat sekolah (I’dadie dan Thanawi : persediaan dan menengah) sebelum ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar insyaAllah, adalah sesuatu yang ganjil. Ganjil dalam kalangan umat Melayu Malaysia. Kelazatan dan bersedap-sedap dengan kelebihan serta ganjaran bagi penuntut ilmu seperti yang termaktub didalam Al-Quran dan Al-hadith serta kata-kata ulama’ dan hukama’ merupakan motivasi terkuat untuk aku, secara peribadi, serta motivasi untuk melawan arus keganjilan pemikiran.

Perjalanan yang masih jauh dan belum pasti, sudah pastinya tidak menjanjikan destinasi yang indah. Tiada kalam dan kata-kata indah sebagai janji dan pajakan bahawa perjalanan ini akan selamat dihujungnya. Melainkan dengan niat yang baik,serta diikat rapi dengan amal usaha serta doa tawakal, insyaAllah selamat dihujung walaupun laluannya berapi.

Namun umat manusia itu sering lupa. Sering kering imannya. Allah.

Mudah-mudahan Allah sentiasa meredhai kita,di dunia dan di akhirat,ameen.