Saturday, October 15, 2011

Oops, I started it again...



Assalamualaikum Wa Rahmatullahi wa Barokatuh (sila jawab,wajib)

Bismillah wa Alhamdulillah ‘ala kulli syai’.

Allahumma Sholli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad, wa ‘ala alihi.

Hari ini 15hb Oktober 2011 menandakan genap dua bulan keberadaan aku di Mesir. Kalau hendak diceritakan kisah-kisah yang aku lalui sepanjang tempoh ini,maka terlalu banyak sekali yang ingin dikongsikan,samada yang berfaedah ataupun yang sebaliknya. Sempena genapnya tempoh itu juga yang menggerakkan hati aku untuk kembali menulis di blog,kerana pada fikiran aku, selain kerana kebosanan aku terhadap Facebook, aku rasa sudah sampai waktunya aku berkongsi dan berbincang sedikit ilmu,pengalaman dan pendapat aku bersama orang lain. Kerana aku juga bimbang dan aku berlindung dengan Allah semoga kehidupan aku di dunia ini tidak aku jalani dengan banyaknya sia-sia atau kerap berada dalam kemurkaan Allah, wal’ieyadzubillah.

Datang ke Mesir pada usia yang lewat berbanding sahabat aku yang lain bahkan memulakan pengajian di peringkat sekolah (I’dadie dan Thanawi : persediaan dan menengah) sebelum ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar insyaAllah, adalah sesuatu yang ganjil. Ganjil dalam kalangan umat Melayu Malaysia. Kelazatan dan bersedap-sedap dengan kelebihan serta ganjaran bagi penuntut ilmu seperti yang termaktub didalam Al-Quran dan Al-hadith serta kata-kata ulama’ dan hukama’ merupakan motivasi terkuat untuk aku, secara peribadi, serta motivasi untuk melawan arus keganjilan pemikiran.

Perjalanan yang masih jauh dan belum pasti, sudah pastinya tidak menjanjikan destinasi yang indah. Tiada kalam dan kata-kata indah sebagai janji dan pajakan bahawa perjalanan ini akan selamat dihujungnya. Melainkan dengan niat yang baik,serta diikat rapi dengan amal usaha serta doa tawakal, insyaAllah selamat dihujung walaupun laluannya berapi.

Namun umat manusia itu sering lupa. Sering kering imannya. Allah.

Mudah-mudahan Allah sentiasa meredhai kita,di dunia dan di akhirat,ameen.

2 comments:

  1. nanti ceritakan lagi dan lagi kisah di bumi sana ye! semoga baik-baik sahaja ^__^

    ReplyDelete
  2. Om, all the best ^_^

    ReplyDelete