Sunday, December 25, 2011

Rehat Kejap



Jujurnya, banyak yang ingin diceritakan.
Macam-macam hendak dikongsi.
Tapi hari ini, jari ini terasa berat.
Akal tidak mampu untuk menyusun ayat,
Tidak mampu walaupun satu perenggan.
Pelbagai perkara bermain di minda......dan iman.
Dalam tempoh engkau cuba memahami erti sebenar kehidupan.

Memahami erti dan tujuan hakiki dihidupkan di muka bumi,
ayat yang biasa didengari, diajari, dibaca dan dilagukan.

Namun baru saat ini aku sedar dan cuba memahami perkara itu.



La Haula Wala Quwwata illa Billah.

- i rest my case -

Thursday, December 22, 2011

Duhai angin,khabarkan...











Ohh....Persahabatan

ohh, kerinduan

Ya Allah, amankanlah Mesir


Aku mendengar siri ceramah penuh Ustaz Azhar Idrus bertajuk ‘Penyakit Jahil’. Sudah lama aku download video tersebut,beberapa kali sudah aku dengar. Tapi kali ini aku menonton video tersebut untuk memulihkan sedikit semangat yang agak lemah minggu ini.

Aku menjadi agak ‘lemah semangat’ disebabkan aku terlihat sekeping gambar di sebuah akhbar Mesir pada Ahad lepas, ketika aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah daripada Ma’ahad. Gambar yang menunjukkan seorang perempuan arab dipukul dengan kayu belantan di kepala dan seluruh anggota badan oleh lebih daripada tiga orang anggota pasukan ‘keamanan’ Mesir.

Fikiran aku menjadi bercelaru, hati aku menjadi sempit dan sangat tidak tenang hanya kerana sekeping gambar. Sudahlah kami penuntut di Masjid Al-Azhar masih terasa dengan kehilangan Syeikh Emad Affat yang ditembak di Dataran Tahrir dari jarak dekat, kini dihadirkan lagi dengan kisah wanita Mesir dikasari (aku tak tahu perkataan apa yang lebih berat berbanding ‘dikasari’) oleh anjing-anjing Ganzouri.

Aku sampai ke rumah, aku capai telefon dan terus menghubungi Ustaz aku untuk membatalkan temujanji tasmik aku pada petang itu, aku sudah mati selera untuk berbuat apa-apa. Aku buka laptop, terus ke laman berita Al-Jazeera. Aku buka Youtube untuk melihat rakaman video tersebut.

Air mata aku bergenang. Apa sudah terjadi dengan Mesir dan rakyatnya?

Lelaki bangsa Arab yang terkenal kerana sifat menghormati wanita,kini sudah bebas memukul wanita, melempang wanita tua.

Sudahlah dipukul dengan belantan berpuluh kali barangkali, tudungnya ditarik, bahagian hadapan pula diterajang secara ‘stamped’ oleh askar yang memakai kasut but!

---------oo---------------------oo-----------------------oo--------------

The woman who was dramatically photographed as she was beaten senseless by Egyptian soldiers does not want to come forward because she is ashamed by her treatment.

Footage and stills of the woman being beaten to the ground, kicked and stamped on as her hijab was torn off in Tahrir Square have made front page news around the world.

Moments earlier, she had been struck countless times on the head and body with metal batons by a ten-strong mob before losing consciousness and slumping to the floor.

Soldiers then continued the assault, and her abaya was virtually pulled off during the assault.

Hassan Mahmoud, a journalist for the newspaper Al Badeel, was near the woman as she stumbled and was then set upon by military police.

He told The Guardian: 'They wanted to take her away from us but then a few brave protesters came in and started hurling stones and that was the one thing that saved her from their hands.'

The unnamed woman was treated for hand and leg injuries, before she was taken home where she is said to have been left feeling wretched after her ordeal.

Mr Mahmoud said she told him: 'It doesn't matter if I talk [to the media] or not, it is enough to reveal them and tell enough to those who still believe them.'

Mohamed Zeidan, who filmed the shocking beating from a balcony overlooking Tahrir Square, said he stopped recording out of fear of being discovered.

'The army were like vultures who found a prey,' he said. 'The soldiers even beat an older couple who tried to help her up.'

Another video shows soldiers assaulting an old woman as clashes erupted between protesters and security forces.

Khadiga al-Hennawy can be seen being dragged by the hair by two officers, before being kicked and beaten around the arms and back with batons.

Known as the 'mother of revolutionaries' because she has taken part in several protests against the Supreme Council of the Armed Forces.

-------------oo-----------------------oo----------------------oo------------

Aku sedih, kerana aku cuma duduk di sini. Sedangkan mereka kurang 50 kilometer dari aku.

Mereka adalah saudara aku, dan saudara kamu semua.

Sunday, December 18, 2011

Syeikh Al-Syahid Imaduddin Ahmad Affat



Malam semalam aku mendapat berita kematian Syeikh Imaduddin Ahmad Affat Afif menerusi perkhabaran Syeikh Usamah di akaun Facebook beliau. Tapi sungguh, aku langsung tidak tahu bahawa kematiannya adalah disebabkan ditembak di dada oleh tentera ketika Syeikh Imad bersama rakyat Mesir berdemonstrasi di Dataran Tahrir semalam. Aku cuma mengetahui tentangnya petang tadi, maka aku tidak berkesempatan menghadiri solat jenazah beliau di Masjid Al-Azhar usai zohor tadi. Beliau adalah ulama' Al-Azhar di Darul Ifta' ( sebuah institusi kajian Fatwa tertinggi di Mesir) yang terkenal dengan tawadhuk dan zuhud. Beliau juga yang mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang mati di Medan Tahrir ketika revolusi 25 Januari dahulu adalah syahid.

Beliau adalah seorang ulama'. Ulama' adalah pewaris Nabi. Ulama' dekat hatinya dengan Allah.
Dan beliau, turut bersama turun ke medan, berjuang.

Kita masih lagi beralasan?


Al-Fatihah untuk Al-Syaheed.

Mengisi bekal yang kosong


Assalamualaikum.

Hari ini aku tidak kemana-mana, aku tidur beberapa jam selepas Subuh kerana semalaman berjaga menghayati tulisan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz di blog beliau, selain ‘mesyuarat tergempar’ selepas Subuh tadi, mesyuarat yang penting dalam merealisasikan Baitul Muslim. Tapi aku bukanlah suka untuk terperap sahaja di rumah seharian, paling-paling tidak,aku kena usahakan juga untuk ke Masjid. Tapi aku juga sangat benci untuk keluar tanpa arah,itu lebih membosankan berbanding duduk di rumah. Pernah sekali seorang kawan membawaku menaiki Metro Underground di Kota Debu ini sehingga ke stesen terakhir ; Munib (bukan Munich). Kemudian berjalan kaki sehingga ke Dataran Tahrir yang mengambil masa sejam! Aku buat muka. Membatu.

Menjelang maghrib tadi,aku keluar. Antara perkara yang aku suka di Mesir ini adalah masjidnya yang banyak. Aku tidak perlu risau untuk keluar pada bila-bila masa kerana pabila masuk waktu solat, azan pasti kedengaran dan mampu ke masjid berhampiran. Aku memakai sweater biru berzip hingga ke leher, berseluar khakis dan berkasut sneakers. Aku rasa sungguh cool. Teringat pula kasut Converse kesayanganku yang dicuri di asrama ketika di sekolah menegah.Oh, tidak dilupakan, kopiah Raihan aku.

Si Miskin

Aku berjalan kaki ke Bukit Bintang Kairo,iaitu jalan lurus yang melintasi depan rumah aku. Jangan tanya pada sesiapa tentang Bukit Bintang ini kerana hanya aku yang tahu ia di mana. Satu kawasan untuk golongan pertengahan dan kaya Arab membeli belah. Jangan gambarkan seperti di Malaysia kerana jurang antara golongan rendah-pertengahan-tinggi di sini sangat melangit jurangnya. Bersyukurlah di Malaysia tidak begini.

Di kawasan agak elit sebegini pastinya turut menarik peminta sedekah untuk mencari rezeki. Ramai peminta sedekah di Kairo. Jangan difikirkan samada mereka berpura miskin atau dibayar oleh sindiket. Kalau ada sedikit lebih di dalam pokek, berilah setakat yang mampu. Kalau tidak memberi, janganlah terasa hati sekiranya anda dimarahi/dikutuk oleh peminta sedekah di sini disebabkan anda tidak bersedekah atau memberi selain daripada duit.

Bersedekah ada tempatnya di dalam al-Quran ; menunjukkan keutamaan dan kebesaran dalam memberi sedekah. Apatah lagi bersedekah dan berinfaq untuk jalan meninggikan agama Allah.

Teringat pesan seorang Ustaz ; yang dimaksudkan dengan harta kita adalah segala kepunyaan yang kita sudah infaq dan sedekahkan untuk kebaikan. Itulah harta kita yang dah confirm, yang ada NILAInya di akhirat dan disisi Allah. Yang didalam dompet itu, masih belum tentu NILAInya.

Janganlah jadi seperti Arab yang bakhil.

Tuesday, December 13, 2011

Memahami Hak Hamba


Assalamualaikum.

Pada pagi yang tenang dan lapang itu, kami berkongsi cerita. Dipandu oleh seorang naqib yang luas mindanya. Tajuknya ; kewajipan berjuang untuk Islam. Satu tajuk yang kebiasaanya mengundang jawapan yang stereotaip ; “aku tak layak”. Kelazimannya apabila membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan soal ‘wajib’,’sunat’,’makruh’,’haram’ dan yang sepertinya, sudah tentu tidak dapat lari daripada menyelusuri usul dan kaedah fiqhiyyah.

“Kita tidak akan melihat topik ini dari kacamata hukum wajib secara fiqhiyyah, namun kita akan lihat dari sudut asas agama dan sejarah”, kata si naqib.

Secara umumnya, kehidupan setiap makhluk sudah ditentukan oleh Allah akan laluannya, dari permulaannya sehingga ke akhir perjalanan. Ini wajib diimani. Supaya manusia tidak melangkaui haknya sebagai hamba.

Begitulah juga keadaannya dengan Islam. Pada masa ini, Islam tidak memimpin dunia,dalam bahasa lain ; Islam tewas. Kejatuhan empayar Islam Uthmaniyyah di Turki pada 1924 masih belum ditebus hinggalah tahun ini. Kemudian, muncullah gerakan-gerakan Islam yang bermatlamatkan jihad, dakwah dan mengembalikan kegemilangan Islam memimpin dunia. Maka, gerakan-gerakan ini berjalan, merancang dan melaksanakan perjuangan mereka dengan azam dan kekuatan serta bersungguh-sungguh.

Pada awal tahun ini, kebangkitan bangsa Arab di beberapa buah negara menarik perhatian dunia. REVOLUSI INI TERKELUAR DARIPADA PERANCANGAN MANA-MANA GERAKAN ISLAM BAHKAN IKHWAN AL-MUSLIMUN DI MESIR. Ini adalah fakta. Maka siapakah yang merancang semua ini? Sudah tentu jawapannya adalah Allah SWT.

Pada beberapa minggu lepas aku sempat menyertai perhimpunan aman di Masjid Al-Azhar usai solat jumaat. Himpunan ini asalnya bertujuan untuk menunjukkan solidariti dan sokongan kepada perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Palestin. Aku tertarik dengan ucapan salah seorang pemidato pada hari tersebut yang menyatakan “ kita akan mengikuti apa yang pernah berlaku pada zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Al-Aqsa, pada masa itu, Mesir dan Syiria (sebahagian Syam) bergabung dan melawan Yahudi untuk membebaskan Al-Aqsa, justeru, kita bersedia dan perbaiki keadaan Mesir dahulu, kemudian selepas diktator di Syiria ditumbangkan, kita akan bergabung dan berjihad untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin”. Maka sudah tentu selepas itu, kegemilangan Islam akan muncul semula.

Perkara ini diluar perancangan gerakan Islam, di luar perancangan manusia.

Perancangan manusia sekadar untuk melengkapi sunnah kehidupan. Yang menjadikan ia kenyataan ataupun tidak, itulah kuasa Tuhan yang esa.

Begitulah juga keadaannya dalam memahami hakikat takdir diri sendiri.

“ Perhatikan sejarah, perbezaan antara empayar-empayar Islam diselangi oleh sekitar seratus tahun, bermakna, Islam tewas untuk tempoh sekitar seratus tahun sebelum ia bangkit semula. Empayar Uthmaniyyah meninggalkan kita sekitar 87 tahun, sudah hampir seratus tahun”, tambah si naqib.

“Allah telah menjanjikan kemengan Islam, soal bila dan bagaimana itu, bukan hak kita untuk difikirkan. Yang penting, Islam pasti akan menang kerana janji Allah itu benar. Persoalannya, selepas kita yakin bahawa Islam akan menang, adakah kita masih mahu duduk sahaja ataupun mewajibkan diri kita untuk berusaha dan bersama-sama dengan perjuangan Islam yang kemenangannya sudah dijanjikan oleh Allah?”, tanya naqib.

“Wajib”, itulah jawapannya.

Seorang sufi berkata : “Aku berdoa dan memohon kepada Allah, bukanlah bererti aku tidak yakin bahawa Allah telah menetapkan segalanya bagiku, tetapi aku berdoa kerana Allah menyuruhku berdoa. Aku bekerja bukan kerana aku tidak percaya bahawa Allah telah menetapkan rezeki buatku, tetapi aku bekerja kerana Allah menyuruhku bekerja”


Monday, December 12, 2011

Segar di ingatan

“Rat race world” – inilah antara istilah yang paling melekat bagi aku sewaktu Teacher Zarina membantu aku menyiapkan teks perbahasan semasa di sekolah menengah. Istilah ini yang tiba-tiba muncul didalam fikiranku dua tiga hari ini. Perkataan ‘rat’ sudah cukup membantu kita membayangkan bagaimana lajunya seekor tikus berlari ; begitulah keadaan ahli bumi yang pantas bergerak mengejar dan memburu cita-cita dan keinginan. Ada yang positif dan ada yang negatif pada matlamat masing. Tapi hakikat realitinya, dunia bergerak dengan sangat pantas! Bila dunia bergerak pantas, menjadi lumrahnya pula bila ada yang tercicir bahkan hanyut.

Usai perbahasan di SMA Al-Wosto, kami berkonvoi ke rumah Teacher Azizah. Ketika itu Teacher sudah mengajar di sekolah lain, tapi beliau sanggup datang memberi sokongan dan sudah semestinya tunjuk ajar. Kami ke rumah Teacher dengan perasaan puas. Puas dapat menumbangkan pihak lawan yang menjadi musuh tradisi kami zaman berzaman. Dan aku secara peribadi, puas kerana dapat membuat lawanku menangis, setelah mereka menggelakkan aku kerana aku tidur didalam bilik kuarantin sebelum pertandingan. Haha. Puas, walaupun aku tidak pernah menjadi Best Speaker. Selepas dijamu dengan juadah yang lazat, Teacher sanggup pula menghantar sebahagian daripada kami ke asrama dari rumahnya itu.

Teacher Roseleen – Seorang teacher merangkap kakak merangkap emak. Satu-satunya teacher yang aku pernah buat beliau terasa (1st speaker, ko jangan suruh beliau baca post aku ni ek). Beliau terasa kerana aku buat perangai kerana sudah letih berlatih bahas,aku buat muka (muka aku ni dahla memang cenggini, pastu buat muka lagi, jangan bayangkan). Ketika sedang mengemaskan bilik sebelum aku ke Kota Debu ini, aku terjumpa kad birthday yang diberikan oleh teacher. Indeed! Aku dan teacher berkongsi tarikh lahir yang sama. Satu-satunya teacher yang sanggup membelikan kek hari jadi untuk aku. Satu-satunya insan yang aku pernah cakap ; “ape pun, saya akan obtain first degree saya menjelang umo 30”.

Kesimpulan : sudah cukuplah umur yang lepas dijalani dengan tidak memahami erti kehidupan. Mulakan hidup baru ; hargailah semua orang, semua benda yang ada di sekeliling kita. Hargailah.

p/s : aku masih menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang lawyer,hehe