Dalam masa aku melakukan sedikit ketaatan dan amal yang
baik,pasti terlintas di sanubari aku,apakah aku dapat berterusan dan istiqamah
dalam amalan yang sedang aku kerjakan itu. Ianya satu perasaan yang hakikatnya terlalu
perit umpama tercekik tulang ikan di tekak.
Dan bermulanya 28 April, terpikul di atas bahuku sebuah lagi
tangunggjawab, misi dan ibadah yang perlu aku laksanakan. Ini adalah tarbiah
secara langsung,yang perlu aku galas selepas bertahun-tahun hidupku berkisar
tentang helaian al-Quran, buku-buku Hadith, fikrah dan perjuangan.
Aku cuba menjadi sempurna sungguhpun aku faham bahawa
menjadi sempurna itu mustahil. Di sebalik sedikit susah payah yang aku lalui,
hakikatnya wujud jutaan nikmat yang Allah kurniakan, mungkin saja waktu itu mata
hatiku tidak mampu melihat segala kurniaan tersebut, terhijab dek dosa yang
menebal.
Ya Allah,
Sungguh sujudku tak sempurna hatinya,
Puasaku tempang jihadnya,
Air mataku cacat, tak mampu mengalir.
Namun,
Kau terimalah amalanku yang kotor dan berdebu ini,
Kalau bukan ini,tiada apa lagi yang mampu aku
persembahkan,
Sungguh, aku amat miskin di sisiMu Ya Allah,
Dan rezekikan daku untuk aku perelokkan amalanku ini Ya
Rabb.
Tidak ada daya dan kekuatan, kecuali dengan izinMu Ya
Allah.
Salam 28 April 2012.
He knows what you say n what in your heart, at the end, He will give you the best =)
ReplyDeleteMay Allah bestow His Rahmah on me and all my brothers and sisters in Islam.
ReplyDelete