Tuesday, November 29, 2011

Tak pernah ku tatap wajahmu



‘Urwah ibn Mas’ud pernah menggambarkan keadaan para sahabat r.a. bersama Nabi Muhammad s.a.w.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya kepada al-Miswar ibn Makhramah dan Marwan, kedua-duanya berkata:
‘Urwah pun kembali kepada kaumnya. Dia berkata, “Wahai kaumku! Demi Allah, sesungguhnya aku telah beberapa kali diutus kepada raja-raja. Aku pernah diutus kepada Qaisar (Raja Rom), Kisra (Raja Parsi) dan Najasyi (Raja Habsyah).
Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh sahabat (rakyat)nya, seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad s.a.w.
Demi Allah, tidaklah beliau berludah, kecuali ludahnya itu jatuh di atas telapak tangan seseorang daripada mereka. Lalu dia menggosok ludah itu ke muka dan kulitnya.
Jika beliau menyuruh mereka, mereka berebut-rebut untuk melaksanakan perintahnya. Apabila beliau berwuduk, hampir saja mereka saling berbunuhan kerana merebutkan air wuduknya. Apabila mereka berbicara, mereka merendahkan suara di sisinya. Mereka juga tidak menajamkan pandangan kepadanya kerana membesarkannya”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment