Tiba-tiba aku terfikir,
Sebagai seorang lelaki, menyoal atau disoal berkenaan dengan
ciri-ciri wanita yang ingin dijadikan isteri adalah satu bentuk soalan yang
bertaraf biasa bagi aku. Jawapan daripada seorang lelaki, biasanya bersifat
stereotype atau ‘ala-ala’ antara satu sama lain ; sedap mata memandang, pandai
memasak, boleh didik anak, pembersih dan bermacam-macam lagi ‘soft-skills’ yang
perlu ada pada seorang wanita yang ingin menjadi isteri. Kalau tidak banyak
pun,sekurangnya mesti ada ‘pandai memasak’ tu.
Namun, jarang sekali aku mendengar atau terbaca seorang
wanita yang inginkan lelaki yang mempunyai ‘soft-skills’ seperti pandai
membaiki kereta, boleh membaiki barangan elektrik atau boleh bertukang. Hahaha.
Sebaliknya, jawapan yang diterima lazimnya adalah ; boleh membimbing dan
menjaga keluarga.
Memasak dan mengemas rumah adalah kelebihan kaum wanita yang
memerlukan kepada keupayaan fizikal. Manakala membimbing memerlukan sifat
dalaman yang kuat seperti sabar, tidak gopoh, memahami dan lain-lain.
Tak semua wanita pandai memasak. Tak semua lelaki boleh
bersabar.
Apa pun,hidup ini subjektif,bukan semua perkara boleh
disimpulkan sebegini mudah.
Ilmu adalah satu hal, tapi fatwa dan ijtihad adalah perkara
yang lain. Tapi saling memerlukan.
Men are from Mars, Women are from Venus
Moga umur dan masa itu,samada yang telah lalu dan yang akan datang, diberkati oleh Allah.
Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya serta baik amalannya.
Sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya serta baik amalannya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
عن وابصة بن معبد قال : أتيت رسول الله فقال :
يا وابصةُ،
اسْتَفْتِ قلبَك، واستفتِ نفْسَك ؛ البِرُّ ما اطمأنتْ إليه النفسُ، والإثمُ ما
حاكَ في النفْس، وتَرَدَّدَ في الصدر، وإنْ أفتاكَ الناسُ وأفتَوْكَ
Daripada Wabisoh ibni Ma’bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu baginda bersabda:
Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri
dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu ialah suatu perkara
yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberi fatwa kepadamu dan mereka memberi fatwa kepadamu (membenarkannya).
Hadith Hassan Riwayat Imam Ahmad
No comments:
Post a Comment