Monday, April 30, 2012
Merenung kalam Ibnu Atho'illah
Thursday, March 22, 2012
Jadikan syukur dan sabar itu sebagai pendamping
Sudah 3-4 kali aku sign in-log out akaun blog aku malam ini. Aku masih berkira-kira untuk menulis. Aku bukan hangat-hangat tahi ayam dalam penulisan blog, cuma hakikatnya untuk berkongsi cerita hidup, aku berasa agak berat. Kerana aku tahu bahawa yang membaca blog aku ini jumlahnya sekadar 4-5 orang yang aku kenali, sifir mudahnya, apa yang aku tulis berkenaan kisah hidup aku, sudah semestinya kerana aku ingin agar 4-5 orang ini supaya memahami diri dan tindakan aku.
Dan untuk menulis sesuatu yang bersifat ilmiah, aku tidak rasa blog aku adalah tempat terbaik melainkan cumanya berkongsi sedikit nota yang aku lakarkan di majlis-majlis yang aku diizinkan oleh Allah untuk menyertainya.
Melakari kerjaya.
Sejujurnya, semenjak dari kecil aku biasa dibanding-bandingkan oleh ibuku dengan sepupu-sepupu yang lain,secara tepatnya dalam aspek akademik. Dibandingkan dengan anak Pak Lang yang mendapat 5A dalam UPSR, dan aku masih mampu menggambarkan wajah sugul dan kecewa ibu ketika malam Penyampaian Hadiah (seperti Konvokesyen, namun aku lupa istilahnya diperingkat sekolah, diadakan untuk memberi hadiah dan penghargaan kepada pelajar selepas peperiksaan akhir setiap tahun) meskipun tika itu umurku cuma 12 dan hanya mampu beroleh 2A.
5A ketika PMR,Alhamdulillah itu keputusan yang mungkin boleh dibanggakan walaupun tidak cemerlang. Borang Sekolah Teknik tersedia diatas meja di rumah, untuk diisi dengan perkataan ‘Senibina’ di pilihan pertamanya. Itulah yang aku cita-citakan bersama rakanku Ridhwan ketika itu, sekarang dia di Liverpool dan Alhamdulillah masih di laluan cita-citanya. Aku tidak mengisi borang itu,aku tidak tahu sebabnya. Dan sekarang, I am out of the path.
“See me during the recess” kata Teacher Azizah kepadaku. Aku tersenyum hampa. Perbualanku bersama Teacher Zarina dalam bahasa Inggeris tidak lebih daripada sekadar ingin tahu khabar akhirnya menjadi ‘audition’ untuk Debat Bahasa Inggeris. Bersama 1st Speaker yang asyik menggondol anugerah the Best Speaker dan 2nd speaker yang kerap bertukar orang,aku diletakkan di posisi 3rd speaker. Bermulalah alam perdebatan, mengkaji isu, menjangka idea pihak lawan, mengambil tahu isu semasa dan sebagainya. Debating adalah ‘sekolah dalam sekolah’ bagi aku. Bersama 1st speaker, kami merancang untuk menjadi Peguam, set up firm bersama walaupun sekarang dia mahu menjadi ‘Guru Tadika’ dengan Ijazah Undang-undangnya. Still, dia masih on the path. Aku, tidak membeli no pin utk borang upu,walaupun secara zahir,keputusan 4A itu sangat memadai untuk terus ke bidang undang-undang. Again, I am out of the path.
Kuliyah Sultan Abu Bakar. Aku memasang azam untuk ke Mesir, dan masih berminat untuk belajar Syariah Wal Qanun (syariah dan perundangan). Entah di mana silapnya, niat serta tindakan aku sebagai YDP Majlis Perwakilan Pelajar disalah tafsir oleh para guru. Aku diminta untuk membuat permohonan maaf terbuka di perhimpunan. And I did it. Namun tekanan yang timbul di sebuah tempat terpencil dan terperap,tidak mampu aku bendung dan pikul lagi. Aku perlukan udara. Dan aku keluar dari Kuliyah. Untuk ke Mesir bagi Syariah Wal Qanun, I am out of the path.
Alam Diploma. Terlalu panjang dan penuh warna. Tempoh waktu ditarbiah dan berdikari. Di sini mula mencongak-congak untuk beralih ke bidang Bahasa Inggeris untuk degree. Aku minta tolong daripada seorang teman di Cardiff untuk mendapatkan borang universiti di sana. Ntah aku pun lupa nama universiti itu.
Sekarang di Mesir. Fatrah muhasabah dan berehat. Aku betul-betul maksudkan aku berehat, khususnya daripada gerak kerja jama’ie. Bukan merajuk atau putus asa. Namun berehat. Untuk mengulang dan memperkukuhkan apa yang aku dapati di zaman diploma. Selain daripada mencari-cari hidayah. Well, hidayah, iman dan taqwa adalah perkara-perkara yang perlu diusahakan kan?
Membaca blog senior aku Dr. Sarah Shukur, mengikuti perkembangan Imran Koyube, Ustaz Syed Abdul Kadir dan sebagainya bahkan daripada teman-teman aku sendiri yang sekarang di alam kerjaya, menjadikan aku sendiri membanding-bandingkan antara kami,seperti ibu membandingkan aku dengan sepupu yang lain.
Aku bukan merungut,kecewa, bersedih dan sebagainya, kerana Alhamdulillah ketika masa entry ini ditulis, aku boleh dikatakan 90% sudah mampu berdamai dengan takdir. 10% itu kerana PERASAAN dan nafsu kerana kita tidak dapat apa yang kita sayang, suka dan hajati dan kita perlu menerima perkara yang kita benci atau tidak suka.
Dan, hakikatnya aku sudah sedar,bahkan baru sedar, bahawa, walaupun aku bukan pelajar 5A UPSR, 8A PMR dan 9A SPM, tapi aku sangat cintakan dunia ilmu ini. Aku tidak berilmu tinggi,jauh sekali, cuma aku ingin gambarkan bahawa jiwa aku cenderung dengan dunia ini, ianya sangat osem! Dan, mungkin ianya adalah path aku,insyaAllah.
Kesimpulan, sungguhlah bahawa sebagai hamba kepada sang Pencipta, segala-gala yang berlaku adalah daripada ketetapanNya, walaupun sekecil-kecil gugurnya sehelai daun,namun itu dalam perhatian, perancangan dan izinNya. Sebagai hamba, tiada apa langsung yang mampu kita lakukan jika dia tidak izinkan. Itulah hakikat kita, yang terlalu amat-amat lemah sebenarnya.
Sekiranya kau mencapai sesuatu yang kau suka dan hajati,maka bersyukurlah,aku betul-betul maksudkan bersyukurlah. Kerana apa yang kau ingini itu seiring dengan izinNya. Bersyukurlah dengan cara melaksanakan segala yang disuruhnya dan berusahalah untuk meninggalkan apa yang dilarang.
Sekiranya, kau, atau mungkin aku sendiri, tidak mencapai apa yang aku hajati, maka sabar itulah yang terbaik. Bersangka baiklah dan teruskan berusaha,jangan berputus asa dalam menggapai keredhaan Allah, insyaAllah, kelak nanti akan ada kelazatannya.
قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم:" عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ ". رواهُ مُسْلِمٌ
Kepada yang mendapat keputusan SPM hari ini,teruskan berjalan.
wallahua'lam
Saturday, February 4, 2012
Merawat debu

Petang itu juga,aku menghela nafas sambil memandang ke langit. Kebetulan itulah sebuah kapal terbang sedang melintas,gayanya seperti bakal mendarat. Terus ingatanku menyinggah ke Malaysia. Ah, bibit-bibit kerinduan sudah mula timbul. Sudah hampir 6 bulan aku di Kota Debu ini. Bukan berfalsafah,tapi benar bahawasanya aku memang merasakan seolah aku baru sampai ke sini pada bulan lepas. Cepatnya masa berlalu. Aku tidak mahu bermuhasabah tentang apa yang telah aku dapat dalam 6 bulan ini.
Semakin lama aku di sini,bermakna semakin singkat masa yang berbaki sebelum aku pulang ke Malaysia. Analoginya tidak ubah seperti orang yang mengetahui bilakah masanya ia akan pergi mengadap Allah. Beruntunglah mereka yang berjaya membawa bekas bekalan yang baik. Sekiranya tempoh yang berbaki ini tidak aku gunakan sebaiknya, maka tidaklah berbeza aku dengan mereka yang membawa bekalan yang basi bahkan berulat. Tenaga, masa, duit dan harapan akan menjadi sia-sia jika aku tidak menjadi hamba yang lebih dekat dengan tuhannya.
Aku selak helaian Bidayatul Hidayah, ditulis oleh Imam Al-Ghazali bahawa Nabi pernah bersabda :
Berfikir ke manakah ilmu aku yang sedikit itu telah membawa aku selama ini.
Semakin dekat atau semakin jauh?
Sebelum parah, rawatlah ia.
Thursday, January 19, 2012
Membedah debu

Fasa mengekstrak kemampuan,minat dan kecenderungan diri merupakan fasa kedua selepas fasa memahami dengan jelas hakikat penciptaan. “Tahu dengan tepat tak semestinya faham dengan jelas” (Ustazah Fatimah Syarha). Fasa kedua ini adalah sangat sukar bagi aku.
I was once a very ambitious young man (instead of there was someone said to me: patutla kau nampak tua dari umur). But now, really, I have no exact goals that I want to run for, unless “I want to be someone who beneficial to the others”. Mungkin inilah end of mind aku. Persoalan seterusnya, bagaimana?
Apa yang aku minat? Mana kecenderungan aku? Apa yang aku reti?
Dari sudut pekerjaan pula, apa cita-cita aku?
Dalam pemikiran simplistik aku, untuk menjadi bermanfaat kepada orang ramai dan mempunyai bahagian dalam dakwah dan meninggikan Islam, mahu atau tidak, seseorang itu perlu menjadi ‘multi-skills’. Tapi, kalau nak jadi seorang yang mempunyai pelbagai kemahiran, perlu ukur juga pada minat dan kemampuan,kan? Tak mampu buat semua,jangan tinggl semua : kaedah usul fiqh. Tak mampu empat,sekurangnya dua. Empat?
وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ
bermaksud: "Apabila aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu maka kamu datangilah daripadanya apa yang terdaya."
Ini bukan enty untuk mencari jawapan. Sekadar berkongsi langkah sebagai orang yang baru bertatih.
Sekiranya kau sudah berjalan, bahkan sudah pandai berlari, teruskan.
Tapi,
Hati-hati,bimbang tersadung akar pokok.
Kalau terjatuh, pastikan bangkit semula. Jangan bersedih.
Sebab….
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
Wednesday, January 11, 2012
Membelah debu

- Alhamdulillah, hampir 5 bulan aku sudah bermastautin di Kota Debu, terlalu banyak hakikat kehidupan yang sudah dan sedang serta bakal dipelajari. Barulah aku faham, kenapa para ulama’ seperti Imam al-Syafie menyarankan penuntut ilmu (pencari hidayah) supaya berkelana, bermusafir dan mengembara.
- Masih bertatih untuk ‘memfasihkan’ lidah untuk berbahasa Arab dengan lebih baik kalaupun tidak sempurna. Buku rujukan dah ada, kelas dah ada. Tapi amat sukar untuk berjumpa dengan orang Arab di Mesir ini yang boleh diajak berbual, walaupun guru sendiri. Kaedah “Practice makes perfect” dalam mempelajari ilmu bahasa, perlu diamalkan sesegera mungkin sebelum terlewat. Ada yang mencadangkan aku untuk menyertai Jemaah Tabligh kerana di sana mereka bergaul dengan pelbagai bangsa dari serata dunia dan bertutur dalam bahasa Arab. Kebelakangan ini aku kerap memikirkan tentang itu. Yet to be decided.
- Mula hafaz al-Quran dengan Imam Masjid Al-Azhar,agak tegas. Ah, baru aku sedar tingginya langit apabila belakang badan ditepuk oleh Syeikh ketika aku sedang “uh ah uh ah” mengingati ayat. Sukarnya untuk aku tasmik di tempat yang bising. Berbanding sebelum ini tasmik secara individu dengan guru. Moga aku dipermudahkan.
- “Perjuangan” adalah istilah yang paling aku tidak gunakan sekitar aku bergerak kerja dalam persatuan atau jemaah. Kerap terdengar dan terbaca istilah ini kebelakangan ini selepas mahkamah memutuskan DS Anwar Ibrahim tidak bersalah.
- Di musim sejuk ini, aku mencari sinaran matahari. Di musim panas,semampu mungkin aku akan mencari tempat teduh dan mengelak sinaran matahari. Begitulah ibaratnya dengan banjir di Malaysia, ia mungkin menjadi musibah bagi sesetengah orang,tetapi bagi makhluk lain,bahkan segelintir manusia lain, mendapat manfaat daripada banjir. Allah maha bijaksana dan adil.
- “Kita diberikan oleh Allah dengan nikmat Islam dan Iman tanpa kita memintanya pun. Semoga Allah memberi kita nikmat syurga dan bersama Nabi Muhammad di akhirat kelak sepertimana yang selalu kita minta dan doakan”
p/s : novel yang tak seberapa tu masih bertangguh pembikinannya, due to the republic general election :P
Sunday, January 8, 2012
Memaknakan diri dengan nilai sebenar

Kadang-kadang, apabila tiba waktu aku teringat-ingat kepada rakan dan kenalan aku di serata dunia ini, aku tidak dapat lari daripada membandingkan diri aku dengan mereka dari sudut taraf pendidikan. Tapi jangan salah faham, bukan membandingkan dengan maksud merendah-rendahkan aku ataupun mereka. Sekadar rasa tertanya dari sudut harapan dan cita-cita ibu bapa.
Mempunyai anak yang belajar di tahap yang tinggi di gedung universiti sudah pasti menggembirakan ibu dan ayah. Banyak kali juga, apabila aku dan keluarga pulang ke kampung untuk menziarahi nenek di Gombak, daripada rumah kami di Temerloh, Ibu aku akan cakap “Along nanti dah besar,belajar la kat sini” sambil kami semua memandang ke arah Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Ketika itu,aku masih belajar di sekolah rendah.
Sekarang, pada umur begini, ramai kawan-kawan yang sudah dan bakal menamatkan pengajian ijazah pertama mereka. Aku, masih belum mempunyai sijil untuk dibanggakan oleh orang tua aku. Aku masih bertatih mencari-cari kunci hidayah untuk kehidupan yang hakiki di perhentian yang seterusnya. Bukan kecewa dengan dunia, tetapi sekadar menggunakan usia keemasan sebelum menjadi warga emas. Aku cuma ada segunung azam dan cita-cita untuk membahagiakan orang-orang yang disayangi pada kehidupan yang lebih bermakna.
Bukan aku maksudkan kawan-kawan aku berada dalam kesilapan kerana mengutamakan sijil. Tidak, aku tidak datang daripada pemikiran sebegitu. Cuma aku sedang mensurahkan tentang aku. Dan aku adalah orang yang agak kompleks pemikiran. Barangkali kerana terlalu kerap membaca buku falsafah satu ketika dahulu. Buku Dare To Fail adalah antaranya yang terawal. Begitu juga sesi perdebatan ketika di sekolah menengah, ia banyak membentuk cara aku berfikir. Perdebatan itu bukan sekadar pengalaman, bahkan pembelajaran bagi aku. Pernah aku katakan pada seseorang “kalau macam tu, saya kena ready la untuk tak macam-macam lagi lepas ni”
“Orang dah mula ulang al-Quran bulan ni, doakanlah orang boleh pakaikan mahkota kat ibu dengan ayah kat syurga nanti” , itulah antara isi dalam SMS aku kepada ibu. Aku cuba untuk menggembirakan ibu dan secara tidak langsung memahamkan ibu,apa sebenarnya yang aku cari.
Teringat tatkala membaca kisah Imam Haiwah Bin Syuraih, seorang ulama’ hadith yang dimaqamkan di Mesir pada tahun 159 Hijrah.
Pernah satu hari ibunya datang ketika beliau sedang mengajar hadis. Kata ibunya kepada ulama besar ini "Wahai Haiwah, cepat bangun dan tolong siatkan dan potongkan ayam untukku”. Apakah reaksi seorang imam besar hadis ini? Tidak tahukah ibunya bahawa anaknya sedang mengajar hadis di hadapan ribuan penuntut?
Sang Imam terus bangun meninggalkan majlis hadis tersebut dan murid-muridnya bagi menyelesaikan urusan ibunya. Beliau membuat seperti apa yang diarahkan ibunya tersebut.
Ini bukan tulisan tanda kecewa. Bukan tanda menyesal. Bukan juga cuba-cuba untuk mengatakan apa yang aku fikirkan adalah yang terbaik. Sekadar coretan nota yang diharapkan mampu menjadi sebab hidayah kepada diri, dan orang lain : “Demi Allah, sekiranya Allah mengurniakan hidayah kepada seseorang disebabkan engkau, maka itu adalah terlebih baik daripada unta yang merah (unta merah : sejenis unta yang merupakan kenderaan paling mahal ketika waktu itu), Hadis riwayat Abu Daud.
Kembara yang tidak panjang di Kota Debu ini,adalah kembara mengkoreksi diri, kembara mencari hidayah, iman dan taqwa, kembara memperbaharui semangat dan fikrah, kembara mencari apakah erti sebenarnya keberadaan di bumi ini.
kau? Sudah kau betul-betul jelas erti kau dihidupkan?
Jangan takut dengan kegagalan, tetapi jangan mencari kegagalan!
Semoga berjaya di musim peperiksaan ini, di mana pun anda berada, bi taufeeq wan najaah.
p/s : aku masih cuba untuk menulis entry yang berunsur tidak serius a.k.a ada unsur humour. Tetapi,buat masa ini, aku masih gagal.