Showing posts with label cerita mesir. Show all posts
Showing posts with label cerita mesir. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Merawat debu


Petang itu aku duduk di tembok yang mengelilingi 'Souq Sayyaraat' (Pasar Kereta). Sambil melihat mereka bermain bola sepak. Kebanyakan pemain berwajah Asia khususnya Indonesia. Beberapa orang bermuka India dan sebilangan daripada Somalia. Cuma aku satu-satunya yang berwajah Arab-Rusia di situ. (blog aku kan?)

Petang itu juga,aku menghela nafas sambil memandang ke langit. Kebetulan itulah sebuah kapal terbang sedang melintas,gayanya seperti bakal mendarat. Terus ingatanku menyinggah ke Malaysia. Ah, bibit-bibit kerinduan sudah mula timbul. Sudah hampir 6 bulan aku di Kota Debu ini. Bukan berfalsafah,tapi benar bahawasanya aku memang merasakan seolah aku baru sampai ke sini pada bulan lepas. Cepatnya masa berlalu. Aku tidak mahu bermuhasabah tentang apa yang telah aku dapat dalam 6 bulan ini.

Semakin lama aku di sini,bermakna semakin singkat masa yang berbaki sebelum aku pulang ke Malaysia. Analoginya tidak ubah seperti orang yang mengetahui bilakah masanya ia akan pergi mengadap Allah. Beruntunglah mereka yang berjaya membawa bekas bekalan yang baik. Sekiranya tempoh yang berbaki ini tidak aku gunakan sebaiknya, maka tidaklah berbeza aku dengan mereka yang membawa bekalan yang basi bahkan berulat. Tenaga, masa, duit dan harapan akan menjadi sia-sia jika aku tidak menjadi hamba yang lebih dekat dengan tuhannya.

Aku selak helaian Bidayatul Hidayah, ditulis oleh Imam Al-Ghazali bahawa Nabi pernah bersabda :

أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ عُمَرُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَرْدَوَيْهِ الْكَرَجِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو سَعِيدٍ إِبَاءُ بْنُ جَعْفَرٍ النَّجيرمي ، أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ ، عَنْ أَنَسٍ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ ، قَالَ : مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ هُدَى لَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللَّهِ إِلا بُعْدًا

Maksud : Barangsiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah hidayah (dan manfaatnya untuk diamalkan dan menjadi lebih baik), maka tidak bertambah daripada Allah (kepadanya) melainkan bertambah jauh daripadaNya.



Terpanah. Aku tutup semula buku kecil itu.
Berfikir ke manakah ilmu aku yang sedikit itu telah membawa aku selama ini.
Semakin dekat atau semakin jauh?

Sebelum parah, rawatlah ia.


Tuesday, January 17, 2012

Pelajar Malaysia mengajar di Masjid Al-Azhar


“Akhi, jangan terburu-buru untuk menjadi faqih, paling-paling tidak pun, 10 tahun di Mesir. Ana insyaAllah lagi 10 tahun di Mesir. Kita tengok nanti, siapa yang hantar siapa ke airport nanti” ujar Ustaz Hairul Nizam Md. Hussein, ketika kami berbual ringkas dihadapan kedai sembelihan sementara menunggu arnab yang beliau pesan siap disembelih dan diproses.

Aku mula mengenali beliau sewaktu beliau memegang jawatan Presiden Persatuan Melayu Repblik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 2009 kalau tidak silap aku. Kenal secara maya, bukan secara langsung. Namun Alhamdulillah, kami ditakdirkan oleh Allah untuk bertemu ketika beliau pulang ke Malaysia tahun lepas, ketika Mesir melalui revolusi 25 Januari. Usai program, aku dan beberapa orang sahabat menghantar beliau pulang ke rumahnya di Gombak, oh rupanya rumah beliau sekitar 15 minit sahaja daripada halaman aku di Gombak, dan beliau juga berdarah Minangkabau, seperti aku.

“Ana memang nak duduk lama di sini. Ilmu bahasa, ana ambil sekadar cukup untuk ana memahami bahasa arab, dan insyaAllah ana cuba untuk mempelajari keenam-enam kitab hadith ‘kutub Sittah,’ ana nak jadi mujtahid!” beritahu ustaz pada aku. “Tapi Ustaz, bukan ke kalau nak jadi mujtahid,kena mahir dalam semua bidang ilmu? Mantiq, Bahasa Arab….” Kataku, cuba untuk mendapat kepastian. “Betul tu,tapi ana nak jadi mujtahid ‘geli-geli’ je” balas Ustaz. Kami ketawa. Begitulah sedutan perbualan kami ketika sedang berlangsung program pembacaan hadith Kutub Sittah anjuran PMRAM beberapa bulan yang lepas. Sengaja aku menegur ustaz yang pada ketika itu kelihatan berseorangan,tidak berteman. Musykil juga aku,kenapa seorang yang hebat seperti beliau tidak ada yang ingin mendampingi?

Beliau merupakan pelajar peringkat Master dalam bidang Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar. Satu bidang yang paling sukar di peringkat tersebut.

Ustaz Hairul Nizam (kiri sekali) dan Ustaz Nazrul (kanan sekali) sewaktu masih 'muda'

“Saya ingat Ustaz dah tak kenal saya lagi” ujarku sebaik bersalaman dengan Ustaz Nazrul Nasir. Ustaz hanya tersenyum. Sambil didukungnya anak sulung beliau yang baru lahir, Muhammad Abu Nour namanya,ketika itu sedang tidur. Agak terharu dan bangga aku rasa, dari kejauhan aku nampak kelibat beliau,tapi aku tidak pasti,kerana setahu aku beliau masih di Malaysia. Ustaz pula menenungku dengan renungan tajam disebalik kacamata RayBan USA Original beliau. “Enta kat sini rupanya” ujar beliau padaku. Kami berjumpa di hadapan kedai sayur-sayuran, ketika itu isteri beliau sedang memilih barangan dan mereka baru sampai ke Kota Debu sekitar dua minggu.

Cerita yang hampir sama dengan perkenalanku dengan Ustaz Hairul Nizam, aku telah menjemput Ustaz Nazrul Nasir ke kampus pada tahun 2010 untuk memberikan pengisian,tentang demokrasi daripada pandangan Islam. Akhirnya kami menjadi lebih rapat walaupun tidaklah ‘kamceng’. Beliau menjemputku ke majlis perkahwinannya di Yan,Kedah. Namun kerana jarak yang terlalu jauh,aku tidak dapat hadir.

(Ustaz Nazrul Nasir)

Keduanya-duanya, iaitu Ustaz Hairul Nizam dan Ustaz Nazrul Nasir pada minggu lepas baru sahaja menerima Ijazah Tadris (izin mengajar) di Masjid Al-Azhar! Aku pernah terbaca kisah seorang pelajar Malaysia yang berucap di Parlimen UK,kalau tidak silap aku. Tapi aku pasti, kisah dua orang ustaz ini pasti tidak akan terselit di mana-mana media di Malaysia. Justeru, biarlah aku yang bercerita tentangnya.

Sunday, January 8, 2012

Mencari hidayah untuk ain







Tema : Jalan-jalan pagi Sabtu 7/1/2012.
Lokasi : Penempatan belakang Masjid Al-Azhar
Masa : 9.00 pagi.
mood : sudah terlalu lama tidak memancing ikan
p/s : sila klik untuk paparan yang lebih jelas

Saturday, January 7, 2012

Jadilah hamba Allah, jangan jadi hamba ilmu


Seminggu dua ini, sudah beberapa kali aku menjadi makmum masbuq bagi solat Subuh. Bertarung dengan suhu yang sangat sejuk, bilik air yang cuma ada satu di rumah dan melawan rasa takut kerana sudah beberapa kali terdengar tembakan sekitar waktu Subuh. Aku tidak tahu kalau Abbas El-Akkad ini sudah seperti tempat tertentu di Mexico.

Hari ini juga aku terlewat. Bahkan aku sampai ketika Jemaah sudah selesai solat. Perkiraan aku silap. Kebiasaanya pada waktu Subuh, iqamah dilaungkan setengan jam selepas azan. Tiada makmum masbuq yang boleh aku jadikan imam. Mujurlah ada seorang arab yang baru selesai berwuduk.

Dia iqamah,menandakan akulah yang perlu menjadi imam. Aku berkira-kira. Bukan apa, perbezaan mazhab kadang-kadang boleh menjadi isu yang besar. Aku telah banyak kali ditegur selepas solat kerana dikatakan aku lambat mengikuti imam. Manakan tidak! Imam yang membaca al-Fatihah secara berlagu dan tidak laju pada raka’at pertama dan kedua, tiba-tiba mengambil masa hanya sekitar 10 saat untuk bacaan al-Fatihah dengan suara perlahan pada raka’at ketiga atau keempat. Aku dimarahi kerana tidak ruku’ meskipun imam hampir i’tidal. Imam tidak bersalah pun dalam hal ini. Cuma, bayangkanlah ketika kau cuba mencari khusyu’ daripada terbayangkan soal bas, pergolakan di Yaman, apa yang hendak dimakan untuk dinner, dan cuba menghabiskan bacaan al-fatihah, tiba-tiba lutut kau dipukul boleh makmum di sebelah kau, apa yang kau rasa? Aku? Terkejut! Bahkan sehingga jantung berdegup umpama aku baru usai marathon dalam masjid.

Menjadi imam pada solat Subuh, aku masih berkira-kira samada ingin membaca qunut mahupun tidak, kerana di Kaherah ini hanya sebilangan yang amat kecil daripada masjid-masjid yang membaca qunut.

Akhirnya aku membaca qunut, si makmum turut mengangkat tangan berdoa. Di akhir solat, tiada ‘isu’ yang ditimbulkan. Alhamdulillah.

Di mana-mana pun engkau berada. Ingat ini :

at-ta’awun fi ma ittafaqna bih, wa at-tasaamuh fi ma ikhtalafna ‘alaih (bertolong bantulah dalam perkara-perkara yang kita persetujui bersama, dan berlapang dadalah dalam menerima perbezaan pendapat dalam kalangan kamu). Asalkan segalanya masih berada didalam lingkungan syariat Islam.

Ketika Khidir dan Musa berada didalam perahu, seekor burung hinggap di tepi perahu itu, ia meneguk (meminum) seteguk atau dua kali teguk air laut. Kemudian, Khidhir memberitahu Musa, ‘Wahai Musa, ilmuku dan ilmumu tidak sebanding dengan ilmu Allah, kecuali seperti paruh burung yang meminum air laut tadi!’

Thursday, December 22, 2011

Ya Allah, amankanlah Mesir


Aku mendengar siri ceramah penuh Ustaz Azhar Idrus bertajuk ‘Penyakit Jahil’. Sudah lama aku download video tersebut,beberapa kali sudah aku dengar. Tapi kali ini aku menonton video tersebut untuk memulihkan sedikit semangat yang agak lemah minggu ini.

Aku menjadi agak ‘lemah semangat’ disebabkan aku terlihat sekeping gambar di sebuah akhbar Mesir pada Ahad lepas, ketika aku berjalan kaki untuk pulang ke rumah daripada Ma’ahad. Gambar yang menunjukkan seorang perempuan arab dipukul dengan kayu belantan di kepala dan seluruh anggota badan oleh lebih daripada tiga orang anggota pasukan ‘keamanan’ Mesir.

Fikiran aku menjadi bercelaru, hati aku menjadi sempit dan sangat tidak tenang hanya kerana sekeping gambar. Sudahlah kami penuntut di Masjid Al-Azhar masih terasa dengan kehilangan Syeikh Emad Affat yang ditembak di Dataran Tahrir dari jarak dekat, kini dihadirkan lagi dengan kisah wanita Mesir dikasari (aku tak tahu perkataan apa yang lebih berat berbanding ‘dikasari’) oleh anjing-anjing Ganzouri.

Aku sampai ke rumah, aku capai telefon dan terus menghubungi Ustaz aku untuk membatalkan temujanji tasmik aku pada petang itu, aku sudah mati selera untuk berbuat apa-apa. Aku buka laptop, terus ke laman berita Al-Jazeera. Aku buka Youtube untuk melihat rakaman video tersebut.

Air mata aku bergenang. Apa sudah terjadi dengan Mesir dan rakyatnya?

Lelaki bangsa Arab yang terkenal kerana sifat menghormati wanita,kini sudah bebas memukul wanita, melempang wanita tua.

Sudahlah dipukul dengan belantan berpuluh kali barangkali, tudungnya ditarik, bahagian hadapan pula diterajang secara ‘stamped’ oleh askar yang memakai kasut but!

---------oo---------------------oo-----------------------oo--------------

The woman who was dramatically photographed as she was beaten senseless by Egyptian soldiers does not want to come forward because she is ashamed by her treatment.

Footage and stills of the woman being beaten to the ground, kicked and stamped on as her hijab was torn off in Tahrir Square have made front page news around the world.

Moments earlier, she had been struck countless times on the head and body with metal batons by a ten-strong mob before losing consciousness and slumping to the floor.

Soldiers then continued the assault, and her abaya was virtually pulled off during the assault.

Hassan Mahmoud, a journalist for the newspaper Al Badeel, was near the woman as she stumbled and was then set upon by military police.

He told The Guardian: 'They wanted to take her away from us but then a few brave protesters came in and started hurling stones and that was the one thing that saved her from their hands.'

The unnamed woman was treated for hand and leg injuries, before she was taken home where she is said to have been left feeling wretched after her ordeal.

Mr Mahmoud said she told him: 'It doesn't matter if I talk [to the media] or not, it is enough to reveal them and tell enough to those who still believe them.'

Mohamed Zeidan, who filmed the shocking beating from a balcony overlooking Tahrir Square, said he stopped recording out of fear of being discovered.

'The army were like vultures who found a prey,' he said. 'The soldiers even beat an older couple who tried to help her up.'

Another video shows soldiers assaulting an old woman as clashes erupted between protesters and security forces.

Khadiga al-Hennawy can be seen being dragged by the hair by two officers, before being kicked and beaten around the arms and back with batons.

Known as the 'mother of revolutionaries' because she has taken part in several protests against the Supreme Council of the Armed Forces.

-------------oo-----------------------oo----------------------oo------------

Aku sedih, kerana aku cuma duduk di sini. Sedangkan mereka kurang 50 kilometer dari aku.

Mereka adalah saudara aku, dan saudara kamu semua.